fbpx
Gambar hiasan.

Budak lima tahun maut tercekik biji rambutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas tercekik biji buah rambutan dalam kejadian di rumahnya di Felda Neram 1, di sini, semalam.

Mangsa yang dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman di sini disahkan meninggal dunia pada pukul 2.50 petang.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, kanak-kanak itu dikatakan memakan rambutan bersama kakaknya yang berusia enam tahun sebelum suaranya tersekat selepas biji rambutan tersangkut pada kerongkong.

“Mangsa dikejarkan ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Kemaman. Laporan bedah siasat hari ini mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia akibat tercekik biji rambutan.

“Biji buah rambutan turut dijumpai dalam kerongkong kanak-kanak berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI