fbpx
BUDIASA dan isteri menaiki kereta polis di Bali. - Foto Istimewa

Isteri mengidam naik kereta polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang wanita hamil yang merupakan isteri kepada Putu Gede Budiasa mengidam untuk menaiki kereta polis di Pulau Bali, lapor BaliPortalnews kelmarin.

Bagi merealisasikan hasrat isteri tercinta, Budiasa pergi ke Balai Polis Seririt petang Sabtu lalu.

Setibanya di sana, Budiasa memohon bantuan anggota polis untuk menunaikan keinginan isterinya yang sedang hamil dua setengah bulan, iaitu menaiki kereta polis.

Anggota polis yang sedang bertugas memberikan respons positif kepada permintaan Budiasa bagi memenuhi keinginan isterinya yang mengandungkan anak ketiga mereka.

Polis kemudian mengeluarkan kenderaan rasmi dan membawa pasangan suami isteri itu bersiar-siar, sekali gus memberi peluang kepada mereka merasai pengalaman menaiki kereta polis.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam Polis Buleleng, Inspektor Yohana Rosalin Diaz berkata, ia menjadi bukti kehadiran anggota pihak berkuasa bukan sahaja sebagai penguat kuasa undang-undang, tetapi juga sebagai sahabat dan pelayan masyarakat. –  AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN