fbpx
KONATE

EPL: Liverpool mungkin terpaksa pasrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Liverpool dan pemain pertahanannya, Ibrahima Konate masih belum menemui kata sepakat mengenai persetujuan kontrak baharu sekali gus menyaksikan ‘perpisahan’ mereka mungkin tidak dapat dielakkan.

Konate kini berada di fasa terakhir kontraknya yang bakal tamat pada musim panas ini selepas menyertai Liverpool dari RB Leipzig pada 2021 dan sudah membuat 162 penampilan bersama The Reds selain meraih pelbagai kejuaraan.

Rundingan mengenai kontrak baharu dilaporkan bermula sejak September 2024, namun selepas 16 bulan perbincangan tidak ada kata putus daripada kedua-dua pihak menyebabkan Konate mungkin meninggalkan Anfield secara percuma pada Jun nanti.

Pemain antarabangsa Perancis itu percaya sumbangan yang telah diberikan sehingga menyaksikan The Reds meraih banyak kejayaan menyebabkan dia sepatutnya menjadi salah seorang pemain pertahanan dengan bayaran antara yang termahal.

Ketika ini, Liverpool membayar pemain pertahanan mereka, Virgil Van Dijk dengan pendapatan mingguan sebanyak £300,000 (RM1.63 juta) menyebabkan Konate menganggap jurang terlalu besar berbanding gaji ditawarkan kepadanya.

Situasi itu menyebabkan beberapa gergasi Eropah seperti Real Madrid, Bayern Munich dan Paris Saint-Germain memantau perkembangan itu secara dekat dan bersedia melunaskan keinginan Konate. – AGENSI1609

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI