fbpx
Gambar hiasan.

MCMC siasat China Press dakwaan salah terjemah titah Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyiasat kandungan China Press yang didakwa mengandungi kesilapan terjemahan titah Yang di-Pertuan Agong ketika Istiadat Pembukaan Sidang Parlimen semalam.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, siasatan dibuat selepas pihaknya menerima aduan rasmi daripada orang awam mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurut beliau, peruntukan itu adalah berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan komunikasi yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran awam dan menjejaskan keharmonian masyarakat.

“Sekiranya terdapat laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak, perkara itu adalah berasingan dan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Fahmi menggesa Majlis Media Malaysia sebagai badan bebas memainkan peranan bagi memastikan pematuhan etika kewartawanan, selain menggalakkan pelaporan yang bertanggungjawab dan tepat.

Katanya, majlis itu juga perlu berfungsi sebagai platform mengawal selia kendiri bagi menangani aduan serta isu berkaitan media secara profesional dan berintegriti.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan komen melampau atau berunsur fitnah di media sosial, selain menghormati Institusi Raja dan memberi ruang kepada proses undang-undang yang sedang berjalan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI