fbpx
Anggota bomba memadam kebakaran sebuah kereta di Plaza Tol Jitra, awal pagi ini.

Dua rentung, kereta terbakar di Plaza Tol Jitra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JITRA – Dua mangsa ditemukan dalam keadaan rentung selepas kereta yang mereka naiki terbalik dan terbakar dalam kemalangan di Plaza Tol Jitra, di sini awal pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Noor Azhar Tajudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.05 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari BBP Jitra tiba di lokasi tidak lama kemudian dengan dibantu lima anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Seberang Nyonya.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati sebuah kereta dipercayai jenis Honda Civic FD terbakar dengan api marak.

“Api berjaya dikawal pada pukul 1.23 pagi sebelum kerja-kerja pemotongan kenderaan dilakukan bagi mengeluarkan mangsa,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kemusnahan kereta dianggarkan sebanyak 85 peratus dan hasil pemeriksaan menemui dua mangsa dalam keadaan rentung di dalam kereta berkenaan.

“Bagaimanapun, identiti kedua-dua mangsa masih belum dapat dikenal pasti,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI