fbpx
Gambar hiasan - JANAAN AI

‘Siapa biasa travel, faham selok-belok airport’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kehilangan pelakon Nadia Kesuma sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah sehingga dimaklumkan berita kematiannya, mengundang persoalan orang ramai terhadap pengurusan sesebuah lapangan terbang terutama di luar negara.

Tinjauan di laman sosial mendapati, pengguna media sosial memberikan pelbagai pandangan selain pengalaman mereka sepanjang berurusan di lapangan terbang sebaik tiba di destinasi.

Malah, ada yang mendakwa pihak lapangan terbang kadang-kala lemah dari segi pengurusan, selain didakwa tidak mempedulikan laporan yang dibuat.

“Setuju sangat, pengurusan airport (lapangan terbang) lemah. Sama macam kes hilang kat masjid, buat laporan pun buat tak tahu, adui lah,” komen seorang pengguna Facebook Sharizad Md Farok.

Seorang lagi individu turut meninggalkan komen senada dalam satu hantaran Facebook yang mana ia turut menjurus kepada keadaan dan pengurusan sesebuah lapangan terbang.

“Pada yang biasa travel (mengembara), mereka faham selok-belok airport dan kalau tertinggal dalam kumpulan, tiada masalah kerana mereka tahu tempat perlu dituju. Menyalahkan agensi 100 peratus mungkin tidak berpada,” komen Zaharudin Bujang.

“Yang boleh dipersoalkan, pengurusan lapangan terbang Jeddah begitu lemah dan lembab. Jika ada penumpang yang sakit, terus dibawa ke hospital keluar dari lapangan terbang, okey. Tapi tak ada sistem pengurusan yang baik. Patut dah letak ‘alert’ orang sakit dalam sistem lapangan terbang atau masuk dalam ‘orang hilang’ bila ada penumpang yang tak masuk, dah boleh ‘alert’. Bila ada orang buat laporan, sistem dah boleh kesan. Sistem canggih tapi pengurusan lapangan terbang lembab,” kara Mohd. Rashid Miri.

Dalam pada itu, ada individu lain turut meninggalkan komen bahawa kejadian menimpa Allahyarham Nadia Kesuma boleh dijadikan iktibar kepada agensi pelancongan yang lain.

“Moga pihak travel ambil iktibar tentang kejadian ini. Pengiring kena lebih bertanggungjawab memastikan jemaah cukup dan sentiasa menjaga jemaah. Meninggal itu perkara biasa, tapi meninggal tanpa disedari boleh menjadi tanda tanya,” komen Syam Na.

Kosmo! melaporkan, tanda tanya mengenai kehilangan pelakon Nadia Kesuma sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah terungkai apabila wanita itu dilaporkan sudah meninggal dunia akibat sakit jantung pada Khamis lalu.

Perkara itu disahkan anak perempuannya, menerusi Thread apabila memaklumkan yang ibunya meninggal akibat sakit jantung.

Nadia Kesuma atau nama sebenarnya, Nadiah Kasumawati Abdul Karim, 50, yang membintangi filem Syaitan Munafik dan Kudeta dilaporkan hilang tanpa dapat dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada Rabu lalu.

Nadia antara 21 peserta yang menyertai kumpulan umrah dan ziarah bersama sebuah agensi pelancongan bermula dari 14 hingga 28 Januari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN