fbpx
Tangkap layar video menunjukkan kumpulan perompak itu melarikan kad Pokemon dan barangan lain di Poke Court. - Instagram

Perompak larikan kad Pokemon lebih RM470,000 diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR RAYA NEW YORK – Polis memburu tiga perompak yang melarikan kad Pokemon edisi terhad bernilai lebih AS$116,000 (RM471,000) dari sebuah kedai menjual kad tersebut di Bandar Raya New York, lapor akhbar New York Post. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 6.45 petang (waktu tempatan) dalam satu acara komuniti dengan kehadiran kira-kira 40 orang di Poke Court, bandar Manhattan baru-baru ini. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan kumpulan perompak bersenjata itu memasuki kedai lalu memecahkan bekas kaca pameran menggunakan tukul. 

Polis berkata, ketiga-tiga suspek berjaya melarikan diri dengan kad Pokemon bernilai lebih AS$116,000, wang tunai AS$1,000 (RM4,058) dan telefon bimbit milik seorang wanita berusia 27 tahun. 

Kad-kad yang dicuri itu bertarikh antara tahun 1999 hingga 2016 dan memaparkan watak seperti Treecko, Charizard, Pikachu serta Ho-Oh. 

“Semua pelanggan dan pekerja kami selamat. Itu adalah keutamaan kami. Kedua, ia adalah hari yang teruk kerana kami perlu melakukan pembersihan,” kata Pengasas Poke Court, Courtney Chin dalam satu klip video yang dikongsi di platform Instagram. 

Chin menambah bahawa acara komuniti itu diadakan buat pertama kali sejak kedainya dibuka pada November tahun lepas. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN