fbpx
SEORANG pemandu maut manakala lima wanita cedera selepas bas kilang dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik dalam kemalangan di Jalan Seelong berhampiran Puspakom Senai, Kulai, awal pagi hari ini. Foto JBPM

Pemandu maut, 5 wanita cedera bas kilang terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Seorang pemandu warga emas maut manakala lima wanita dewasa cedera selepas bas kilang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Seelong berhampiran Puspakom Senai, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi, mangsa, Azaha Atan, 64, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai, Pegawai Bomba Muhammad Nor Zaki Mohd Ali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.32 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Sejurus Pasukan Keluar Operasi (PKO) tiba di tempat kejadian, benar berlaku kemalangan melibatkan sebuah bas kilang dinaiki enam penumpang termasuk pemandu lelaki warga emas.

“Kesemua mangsa tersepit di dalam kenderaan yang mengalami kerosakan remuk sebelum PKO bertindak mengeluarkan mangsa tersepit dengan menggunakan peralatan khas.

“Pemandu disahkan maut di lokasi kejadian, manakala lima wanita berusia 21 hingga 30 tahun mengalami kecederaan ringan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Nor Zaki berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera diserahkan kepada pasukan perubatan KKM.

Ujarnya, setelah memastikan keadaan selamat, PKO lapor balik ke balai dan operasi ditamatkan pada pukul 8.14 pagi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI