SANYA, China, 17 Januari 2026 /PRNewswire/ — Orange Lion Sports (dahulunya Alibaba Sports), pengendali bagi acara sukan bertaraf global mentakrifkan semula bagaimana pertandingan olahraga yang utama dan pelancongan bertemu melalui integrasi terkoordinasi antara platform digital dan perkhidmatan pengguna. Maraton Hainan (Sanya) 2025 baru-baru ini yang disokong oleh syarikat ini memperlihatkan pengalaman "acara-sebagai-perjalanan" yang menyediakan platform perlumbaan berkualiti tinggi yang dikendalikan secara profesional dan dalam masa yang sama menyokong pertumbuhan ekonomi yang boleh diukur untuk bandar tuan rumah. Maraton ini menyaksikan penghunian hotel di Sanya melonjak kepada 92%, dengan lonjakan sebanyak 35% yang ketara bagi perbelanjaan di lokasi perniagaan tempatan sepanjang laluan perlumbaan, lalu mewujudkan rangka tindakan yang bagus untuk model "racecation" boleh skala.
"Kami komited untuk mencipta nilai yang berkekalan buat atlet dan juga penggemar sukan," kata Yang Yong, Pengurus Besar Acara dan Pengkomersialan bagi rakan kongsi acara Orange Lion Sports. "Kami mengaktifkan sumber dalam seluruh ekosistem Alibaba, termasuk Taobao, Fliggy, Alibaba Health, Ant Chain dan Amap bagi memperluas keterlibatan setelah hari perlumbaan. Pendekatan ini menarik minat pelari dari seluruh Hainan, bahagian yang lain di China dan luar negara, sekali gus menggalakkan perbelanjaan berkaitan acara tambahan."
Jabatan pelancongan dan sukan peringkat wilayah memperkenalkan insentif pendanaan untuk acara-acara sukan 2026 bagi menarik pertandingan kebangsaan dan antarabangsa. Orange Lion Sports memperlihatkan sejauh mana acara-acara berskala besar boleh menjana aktiviti ekonomi yang berterusan dan memberi manfaat kepada perniagaan tempatan dengan mengintegrasikan secara digital santapan, penginapan, pengangkutan, hiburan dan juga aktiviti membeli-belah. Melalui perkongsian bersama Taobao, syarikat ini melancarkan "Winter Warm-up Festival" yang mengedarkan baucar dan tawaran promosi tersuai sebelum berlangsungnya acara berkenaan yang dirangka untuk menghubungkan penyertaan perlumbaan berserta keterlibatan pengguna dengan memperkenalkan pengkhususan masak-memasak serantau seperti stimbot (hot pot) cuka yang ditapai dan masakan tradisional Li-Miao kepada pelari di seluruh China.
Faedah-faedah ekonomi dikekalkan selepas tempoh perlumbaan. Menurut data Fliggy, tempahan hotel di Sanya juga mula dilihat semakin meningkat sejak akhir Oktober 2025, apabila promosi acara dilancarkan dan kekal kukuh sepanjang tempoh maraton. Momentum ini dilanjutkan melangkaui perlumbaan, bertepatan dengan tempoh kembara cuti Tahun Baharu. Data daripada biro pelancongan Sanya menunjukkan bahawa semasa cuti Tahun Baharu 2026, bandar ini menyambut 650,800 ketibaan pelawat, dengan hasil pelancongan dijana sebanyak 1.299 bilion yuan (kira-kira AS$186 juta), lalu menggambarkan peranan model "racecation" dalam menyokong tuntutan pelancongan.
Pada masa akan datang, Orange Lion Sports akan memanfaatkan teknologi AI bagi mempertingkat acara sukan dan menggalakkan kecergasan buat semua, selaras dengan kenyataan tegas mereka di CES pada tahun 2017: AI ialah masa depan pembangunan sukan.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4864932_MS64932_6















