fbpx

AMTD, Pemilik Jenama-jenama L’Officiel dan AMTD IDEA, Lancar Litigasi ke atas Keluarga Jalou atas Kepalsuan Niat Jahat, Fitnah serta Kerugian dan Kerosakan Lanjutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS, LONDON dan NEW YORK, 16 Januari 2026 /PRNewswire/ — AMTD Group Inc. ("AMTD Group"), AMTD IDEA Group (NYSE: AMTD; SGX: HKB), AMTD Digital Inc. (NYSE: HKD) dan The Generation Essentials Group ("TGE", NYSE: TGE; LSE: TGE), subsidiari AMTD Digital Inc., bersama-sama mengumumkan bahawa AMTD IDEA Group memulakan tindakan undang-undang ke atas En. Benjamin Eymere daripada Keluarga Jalou, berhubung dengan perbuatan fitnah yang serius ke atas Kumpulan ini, selain salah laku termasuk gangguan niat jahat terhadap kakitangan dan eksekutif Kumpulan ini.

En. Eymere merupakan bekas pekerja subsidiari Kumpulan ini dan beliau terus diberhentikan kerja ekoran salah laku dan salah urus olehnya. Beliau cuba memfailkan rayuan di Mahkamah Paris, namun tindakannya telah ditolak berturut-turut.

Tambahan pula, tindakan yang dibuat oleh En. Eymere baru-baru ini yang melibatkan salah laku dan niat jahat memerlukan AMTD mengambil tindakan undang-undang, penting untuk membetulkan tuduhan dan salah nyata yang tidak berasas berhubung dengan jenama-jenama L’Officiel dan AMTD IDEA Kumpulan ini, yang baru-baru ini disebut dalam terbitan akhbar dan media sosial tertentu.

AMTD sudahpun membuat laporan rasmi kepada pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang berhubung dengan salah laku En. Eymere pada masa kini dan masa lalu.

AMTD benar-benar percaya bahawa kedaulatan undang-undang, keadilan dan kesaksamaan akan ditegakkan dan berharap dapat membetulkan serta menepis sebarang fitnah atau kenyataan fitnah yang mungkin telah dibuat ke atasnya.

Secara keseluruhan, kami mengambil kesempatan ini untuk mengetengahkan beberapa ketidaktepatan yang jelas dalam akhbar serta media sosial tertentu yang ditimbulkan oleh En. Eymere dan/atau keluarga Jalou:

1) Pengambilalihan Lengkap Sewajarnya ke atas 100% L’Officiel pada tahun 2022: Jenama L’Officiel diambil alih pada tahun 2022 pada awalnya daripada Gem Global Yield LLC SCS (GGY) yang merupakan sebahagian daripada Global Emerging Markets (GEM), sebuah kumpulan pelaburan alternatif bernilai $3.4 bilion yang memfokuskan pada pasaran baru muncul dengan pelbagai instrumen pelaburan seperti beli habis pengurusan, PIPE (Pelaburan Swasta dalam Ekuiti Awam) dan pelaburan teroka (lihat pengumuman rasmi oleh GEM sebagai penjual utama https://www.gemny.com/wp-content/uploads/2022/05/GEM-AMTD-PRESS-RELEASE-from-Paris-France-FINAL-Version.pdf dan AMTD sebagai pembeli https://ir.amtdinc.com/press-releases/news-details/2022/AMTD-International-Acquires-Global-Fashion-Media-Group-LOfficiel-Inc-SAS/default.aspx yang mana kedua-dua pihak mengesahkan bahawa pengambilalihan AMTD telahpun diselesaikan dengan 100% daripada harga belian dibayar sewajarnya).

2) Sejak pengambilalihan oleh AMTD sebagai pelabur "firma wira", L’Officiel tidak menanggung sebarang hutang atau terlibat dalam liabiliti untuk perniagaan dan pada masa ini L’Officiel sudahpun kukuh dari segi kewangan dengan asas ekuiti yang mantap.

3) Pemegang saham mengawal yang daripadanya AMTD memperoleh perniagaan ini ialah GEM dan bukan keluarga Jalou, mahupun En. Eymere. Keluarga Jalou bukanlah pengawal mahupun pemegang saham majoriti dalam L’Officiel semasa pengambilalihan.

AMTD juga akan menekankan dengan tegas bahawa ia akan mendakwa dan meneruskan tindakan undang-undang tanpa putus asa ke atas mana-mana pihak yang bersalah yang cuba merosakkan reputasinya dan melanggar undang-undang. Kami yakin bahawa kegigihan dan komitmen kami tidak dapat tidak akan membawa keadilan dan kesaksamaan, tanpa ragu-ragu.

Latar Belakang AMTD Group 

AMTD Group ialah konglomerat dengan portfolio perniagaan teras yang merangkumi sektor media dan hiburan, pendidikan dan latihan, serta aset premium dan hospitaliti.

Latar Belakang AMTD IDEA Group 

AMTD IDEA Group (NYSE: AMTD; SGX: HKB) mewakili institusi terpelbagai dan kumpulan penyelesaian digital yang menghubungkan syarikat-syarikat dan para pelabur dengan pasaran global. Perkhidmatan perniagaan sehenti yang komprehensif berserta platform penyelesaian digitalnya memenuhi kehendak perniagaan dan keperluan digital yang pelbagai dan saling berkait daripada pelanggan yang berbeza merentas semua fasa kitaran hayat mereka. AMTD IDEA Group berada pada kedudukan unik sebagai penghubung super aktif antara pelanggan, rakan niaga, syarikat penerima pelaburan dan pelabur, selain menghubungkan Timur dan juga Barat. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.amtdinc.com atau ikuti kami melalui X (dahulunya dikenali sebagai "Twitter") di @AMTDGroup.

Latar Belakang AMTD Digital Inc. 

AMTD Digital Inc. (NYSE: HKD) ialah platform penyelesaian digital komprehensif yang beribu pejabat di Perancis. Platform penyelesaian digital sehentinya mengendalikan jenis perniagaan yang utama termasuk media digital, perkhidmatan kandungan dan pemasaran, pelaburan selain perkhidmatan hospitaliti dan VIP. Untuk mengetahui pengumuman mengenai AMTD Digital, sila kunjungi https://ir.amtdigital.net/investor-news.

Latar Belakang The Generation Essentials Group

The Generation Essentials Group (NYSE: TGE; LSE: TGE), bersama-sama ditubuhkan oleh AMTD Group, AMTD IDEA Group (NYSE: AMTD; SGX: HKB) dan AMTD Digital Inc. (NYSE: HKD), beribu pejabat di Perancis dan memfokuskan pada strategi dan pembangunan global dalam hal ehwal multimedia, hiburan serta budaya di seluruh dunia selain perkhidmatan hospitaliti dan juga VIP. TGE terdiri daripada L’Officiel, The Art Newspaper, projek filem dan hiburan. Secara kolektif, TGE ialah portfolio perniagaan media dan hiburan terpelbagai dan juga portfolio harta tanah premium global. Selain itu, TGE merupakan pengurus penaja syarikat pemerolehan tujuan khas (SPAC), dengan SPAC pertamanya berjaya mengumpul modal dan ditetapkan harganya pada 18 Disember 2025.

Pernyataan Safe Harbor

Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan yang mungkin merupakan pernyataan "pandang ke hadapan" menurut peruntukan "safe harbor" dalam Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian A.S. 1995. Pernyataan pandang ke hadapan ini boleh dikenal pasti melalui terminologi seperti "akan," "menjangkakan," "meramalkan," "bermatlamat," "masa depan," "berhasrat," "merancang," "percaya," "menganggarkan," "berkemungkinan untuk" dan pernyataan yang serupa. Pernyataan yang bukan fakta sejarah, termasuk pernyataan mengenai kepercayaan, rancangan dan jangkaan AMTD IDEA Group, AMTD Digital dan/atau The Generation Essentials Group, ialah pernyataan pandang ke hadapan. Pernyataan pandang ke hadapan melibatkan risiko dan ketidakpastian yang ada. Maklumat lanjut berhubung risiko ini dan risiko lain disertakan dalam pemfailan AMTD IDEA Group, AMTD Digital dan The Generation Essentials Group dengan SEC. Semua maklumat yang diberikan dalam siaran akhbar ini adalah setakat tarikh siaran akhbar ini, dan tiada satu pun daripada AMTD IDEA Group, AMTD Digital dan The Generation Essentials Group menanggung apa-apa kewajipan untuk mengemas kini mana-mana pernyataan pandang ke hadapan, kecuali sebagaimana yang dikehendaki di bawah undang-undang yang dikenakan.

 

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4864364_MS64364_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI