fbpx

‘Pandai mendidik, Qadejah selayaknya dapat Cartier’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CERITA tentang keluarga Datuk Seri Aliff Syukri dalam media sosial tidak pernah berhenti menjadi buah mulut netizen. 

Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang akan diperkatakan.

Terbaharu, video anak kedua Aliff dan Datin Seri Shahida memaparkan anak kedua mereka, Qadejah sedang menasihatkan adik-adiknya iaitu Ibraheem, Yusoff dan Raudhah mengenai larangan bersentuhan dengan individu bukan mahram.

Rata-rata netizen memuji cara didikan Qadejah terhadap adik-beradiknya dan menganggap apa yang diajar turut berguna untuk orang lain.

“Bukan je adik-adik dia kena berleter, aku pun macam kena ceramah dengan Qadejah.

“Dia memang layak dapat Cartier dan Rolex, berilah apa saja dia nak. Hasil yang baik oleh orang tua juga,” kata netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN