![]() |
ABU DHABI, UAE, 16 Januari 2026 /PRNewswire/ — Shanghai Electric (SEHK: 2727, SSE: 601727) membuat penampilan yang berprofil tinggi di Sidang Kemuncak Tenaga Masa Depan Dunia (WFES) 2026 yang bermula pada hari ini di Abu Dhabi National Exhibition Center. Berlangsung di sidang kemuncak ini, syarikat mempamerkan penyelesaian tenaga senario penuhnya, termasuk kuasa solar, penyahgaraman, storan tenaga hibrid, tenaga hidrogen dan bahan api hijau, lantas memperlihatkan komitmennya untuk memperkasakan Timur Tengah dalam membina ekosistem tenaga yang bingkas, pintar dan lestari.
Timur Tengah dikurniakan sumber minyak dan gas yang sangat banyak serta potensi solar yang lebih daripada cukup, namun berdepan dengan isu kekurangan air, lalu menjadikan laluan peralihan tenaganya sesuatu yang rumit dan unik.
Sebagai salah satu acara tenaga boleh baharu yang terbesar dan paling berpengaruh di Timur Tengah dan Afrika Utara, WFES menghimpunkan penggubal dasar global, pemimpin industri dan penginovasi teknologi bagi tujuan menangani cabaran peralihan tenaga dan mempromosikan penyelesaian tenaga lestari.
"Peralihan tenaga bukanlah sekadar gabungan teknologi individu yang mudah. Ia merupakan usaha pada peringkat sistem," kata Zhu Weiwen, Timbalan Pengarah Pemasaran di Shanghai Electric Power Generation Group. "Shanghai Electric bertindak sebagai pengintegrasi sistem. Kami melihat integrasi tenaga boleh baharu dengan kadar penembusan tinggi, kestabilan grid, pengeluaran bahan api hijau dan penyahkarbonan industri sebagai aspek keseluruhan yang saling berkait dan membolehkan kami menyediakan laluan peralihan yang boleh dilaksanakan untuk pelanggan di Timur Tengah."
Berlatarbelakangkan aspek ini, pameran Shanghai Electric menerima pakai reka bentuk berasaskan senario yang imersif, mempersembahkan empat zon penyelesaian bersepadu yang menggambarkan rantaian nilai tenaga penuh—bermula daripada penjanaan dan storan hinggalah penukaran dan penggunaan yang cekap.
Dalam zon Solar dan Air Bersepadu, projek-projek seperti Taman Solar Dubai ditonjolkan sebagai projek rujukan yang memperlihatkan integrasi pelengkap antara kuasa solar tertumpu, kuasa fotovolta dan storan tenaga untuk bekalan elektrik selama 24 jam. Zon ini turut memaparkan keupayaan penyahgaraman air laut oleh Shanghai Electric, termasuk penguasaannya dalam kedua-dua teknologi penyulingan berbilang kesan (MED) berasaskan terma dan teknologi osmosis songsang (RO) berasaskan membran.
Zon Sokongan Grid dan Storan Hibrid memfokuskan pada kestabilan grid di bawah penembusan boleh baharu yang tinggi. Shanghai Electric mengetengahkan penyelesaian "storan tenaga roda tenaga berserta kondenser segerak" yang memberikan sokongan inersia yang kritikal dan pengawalaturan frekuensi yang pantas. Penyelesaian ini dipasang atur dalam pelbagai projek, termasuk loji janakuasa fotovolta Penasco di Mexico.
Dalam zon Power-to-X dan Tenaga Hidrogen, Shanghai Electric mempamerkan elektrolisis siri Bristack® yang membawakan tahap penggunaan tenaga yang utama dalam industri ini iaitu sebanyak 3.94 kWj/Nm³, di samping model skala Projek Demonstrasi Metanol Hijau Taonan di Wilayah Jilin, China. Sebagai projek demonstrasi metanol hijau berskala besar yang pertama di China, ia mengintegrasikan hidrogen janaan kuasa angin dengan teknologi pengeluaran metanol hijau berasaskan biojisim dan telahpun memperoleh pensijilan ISCC EU proses penuh.
Zon Taman Industri Sifar-Karbon menggambarkan laluan untuk taman industri yang menggunakan tenaga tinggi bagi mencapai transformasi rendah karbon melalui sinergi turbin industri berkecekapan tinggi dan sistem pengurusan tenaga pintar yang mengupayakan peningkatan kecekapan peringkat sistem dan penghantaran pintar.
Setiap penyelesaian yang dipamerkan di reruai Shanghai Electric disokong oleh penyampaian projek yang terbukti. Bermula daripada Projek Fotovolta AI Sadawi 2 GW di Arab Saudi dan Projek Penyahgaraman Air Laut Safi di Maghribi, hinggalah Loji Janakuasa Gas Pancevo di Serbia dan Projek Metanol Hijau Taonan di China, projek-projek ini yang merentas pelbagai negara dan senario aplikasi menonjolkan keupayaan Shanghai Electric dalam menyampaikan sistem tenaga bersepadu rentas wilayah yang rumit.
Pada hari pertama sidang kemuncak ini, Shanghai Electric menganjurkan beberapa jerayawara teknikal bagi membincangkan topik-topik serantau yang utama seperti gandingan tenaga-penyahgaraman, bahan api hijau dan kestabilan grid bagi menarik minat yang tinggi daripada peserta industri.
Sebagai rakan sistem tenaga yang dipercayai, Shanghai Electric terus membantu pasaran Timur Tengah dan pasaran global mentransformasikan sumber asli yang amat banyak kepada tenaga lestari, andal dan hijau demi masa depan.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.shanghai-electric.com/group_en/
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4863368_MS63368_6















