fbpx
BARISAN pemain Arsenal meraikan jaringan ketiga daripada Zubimendi ketika menewaskan Chelsea awal pagi semalam. - ARSENAL FC

Tak mustahil Arsenal menang quadruple

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Arsenal membawa pulang kelebihan satu gol selepas mencatat kemenangan 3-2 ke atas Chelsea pada separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris (EFL) di Stamford Bridge awal pagi semalam.

Kejayaan itu menyaksikan peluang untuk mencipta pencapaian luar biasa dengan mengimpikan gelaran quadruple buat julung kalinya pada musim ini kekal di landasan tepat.

Ia berdasarkan persembahan semasa meyakinkan ditunjukkan The Gunners yang ketika ini menghampiri final Piala EFL, kekal menerajui carta Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) serta mara pusingan keempat Piala FA.

Tiga jaringan Arsenal diperoleh menerusi Ben White, Viktor Gyokeres dan Martin Zubimendi, manakala dua gol Chelsea dihasilkan bekas bintang buangan Manchester United, Alejandro Garnacho.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta gembira dengan kemenangan tersebut, namun mengakui mereka sepatutnya menang menerusi jaringan lebih besar kerana banyak peluang terbaik disia-siakan.

“Satu aksi yang cukup baik serta kemenangan penting untuk kami. Bukan mudah datang dan bermain di sini (Stamford Bridge) kerana Chelsea memiliki kualiti di semua posisi.

“Ketika kedudukan 3-1, kami menunjukkan aksi dominan selain memiliki dua peluang terbaik untuk meledak gol keempat. Apa-apa pun saya gembira tetapi sepatutnya keputusan perlu lebih baik,” katanya.

Walaupun memiliki kelebihan satu gol, Arsenal tidak boleh berada dalam keadaan terlalu selesa kerana Chelsea berpeluang bangkit pada aksi timbal balik di Stadium Emirates bulan depan.

Sementara itu, Arteta juga percaya beliau perlu mencari ramuan terbaik bagi memperbaiki beberapa kelemahan yang dikesan, terutamanya dari segi kerapuhan benteng pertahanan.

“Bagaimanapun, saya perlu memberikan kredit kepada pasukan lawan yang mampu untuk memecahkan benteng pertahanan kami,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN