fbpx
SOON HUAT (kiri) dan Shevon terus menggalas cabaran skuad beregu campuran apabila mara ke suku akhir Terbuka India. - SHIDDIEQIIN ZON

Terbuka India: Soon Huat-Shevon galas harapan beregu campuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Goh Soon Huat-Shevon Lai menjadi wakil tunggal negara dalam acara beregu campuran apabila meneruskan cabaran ke suku akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka India.

Pada aksi pusingan kedua di Indira Gandhi Arena, New Delhi sebentar tadi, pasangan beregu profesional itu menang 17-21, 21-15, 21-6 ke atas Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat dari Thailand.

Turun sebagai pilihan kelapan, gandingan suami isteri itu berdepan detik cemas apabila tewas di set pertama sebelum kembali mendapatkan momentum dalam dua set berikutnya dan mencatat kemenangan.

“Saya rasa kami berdepan sedikit masalah bagi mendapatkan momentum serta rentak permainan pada set pertama. Selain itu, pasukan lawan juga melakukan tugas yang sangat baik untuk meningkatkan tempo permainan.

“Bagaimanapun, kami kembali mendapatkan momentum dan mengawal permainan di set kedua. Kemudian, set ketiga menyaksikan lawan sudah mula hilang fokus dan membolehkan kami menang mudah,” kata Shevon kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Sementara itu, satu lagi gandingan, Jimmy Wong-Lai Pei Jing terlepas peluang melakar kejutan terbesar apabila tewas kepada beregu No.1 dunia dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping.

Walaupun menampilkan aksi meyakinkan dalam dua set awal, namun mereka gagal untuk mengekalkan momentum di set ketiga sebelum tewas 21-18, 17-21, 10-21 dalam tempoh 55 minit.

Justeru, Soon Huat-Shevon berpeluang menebus kekalahan dialami Jimmy-Pei Jing apabila bakal membuat perhitungan menentang beregu China itu di suku akhir esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN