fbpx
SK Putrajaya Presint 8(3) dilengkapi dengan 36 bilik darjah baharu, prasekolah, kemudahan PPKI, dewan, kantin, padang dan ruang sokongan. - Foto FACEBOOK ALEXANDER NANTA LINGGI

177 sekolah baharu sepanjang 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sepanjang tahun lalu, sebanyak 177 sekolah baharu telah diserahkan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) sebagai usaha kerajaan dalam meningkatkan keselesaan murid, keberkesanan guru dan kualiti persekitaran pembelajaran di seluruh negara.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, penyerahan sekolah baharu bukan sekadar simbol projek siap, tetapi merupakan usaha strategik kerajaan untuk menyediakan ruang pembelajaran yang selesa, selamat dan kondusif bagi murid.

“Bila sekolah terlalu padat, murid susah fokus. Bila bilik darjah sempit dan panas, keselesaan guru dalam mendidik terjejas dan bila persekitaran tidak kondusif, potensi anak-anak terhad tanpa kita sedar,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Terdahulu, beliau hadir ke Majlis Penyerahan Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 8(3) pagi tadi bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Mengulas mengenai sekolah baharu tersebut, Alexander berkata, SK Putrajaya Presint 8(3) dilengkapi dengan 36 bilik darjah baharu, prasekolah, kemudahan Pendidikan Khas (PPKI), dewan, kantin, padang dan ruang sokongan.

Katanya, setiap ruang direka bagi memastikan pengalaman pembelajaran yang selesa, selamat dan gembira.

Pada masa sama, beliau berharap sekolah ini menjadi tempat lahirnya generasi yang berilmu, berakhlak dan berani melangkah ke hadapan.

“KKR (Kementerian Kerja Raya) melalui JKR (Jabatan Kerja Raya) Malaysia sentiasa komited dalam menyokong pembangunan negara melalui penyediaan infrastruktur pendidikan yang berkualiti, berimpak tinggi dan mampan demi memenuhi keperluan pelanggan dan kesejahteraan rakyat.

“Inilah cara kami menterjemahkan Malaysia Madani bekerja secara nyata, menyentuh kehidupan rakyat dan memberi kesan jangka panjang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN