fbpx
Jemaah Program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan 2.0 anjuran Andalusia tiba di Balai Ketibaan KLIA hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

‘Tajaan umrah Andalusia untuk anak Kelantan hadiah terbaik 2026’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Pendekatan diambil Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) yang menaja seramai 91 orang belia ke Tanah Suci menerusi Program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan 2.0 disifatkan sebagai hadiah terbaik bagi memulakan tahun 2026.

Menyifatkan perkara itu, seorang peserta program, Muhammad Rahimi Mohd. Ezani, 24, berkata, pemilihan dirinya sebagai peserta tajaan Andalusia untuk berada di Tanah Suci selama 12 hari menjadi antara kenangan terindah pada tahun ini.

“Alhamdullilah, pembukaan 2026 dibuka dengan kebaikan apabila saya menerima hadiah terbesar untuk menunaikan umrah di Tanah Suci.
“Perasaan saya begitu teruja dan bersyukur lebih-lebih lagi apabila diberi kenikmatan untuk melihat kaabah di depan mata,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.

Muhammad Rahimi merupakan antara 91 anak jati Kelantan yang dipilih Andalusia untuk mengerjakan umrah secara percuma menerusi program yang diadakan bagi edisi kedua bermula 4 hingga 14 Januari 2026.

Mengulas lanjut, anak kelahiran Machang itu turut berharap agar Andalusia meneruskan penganjuran program seumpama itu pada masa depan berikutan dilihat membuka peluang kepada anak muda ke Tanah Suci.

Jemaah Program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan 2.0 anjuran Andalusia tiba di Balai Ketibaan KLIA hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

“Program tanggungjawab sosial korporat seperti ini diharap terus dilaksanakan pada masa depan yang mana selain membuka peluang ke Tanah Suci untuk belia, ia juga mengajar golongan itu ke arah kebaikan,” katanya.

Sementara itu, menurut pengiring program, Dr. Kapten Muhaidi Al-Hafiz, program umrah berkenaan merupakan kesinambungan kepada kejayaan siri 1.0 yang bertujuan memberi peluang kepada anak muda merasai peluang ke Tanah Suci.

“Program ini bukan sahaja membawa peserta menunaikan ibadah umrah, malah turut bertujuan melahirkan generasi berakhlak, berdisiplin dan mempunyai jati diri tinggi.

“Sepanjang di Tanah Suci, peserta juga diberi pengisian yang berfaedah di mana mereka mengikut pelbagai program berjadual termasuk tazkirah, sesi muhasabah diri dan aktiviti berkumpulan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN