fbpx
Sejumlah kotak berisi pelbagai jenis peranti dan cecair vape ditemui di kawasan paya bakau di Ayer Hangat, Langkawi semalam. Foto ihsan PPM

Peranti, cecair vape RM178,400 dirampas di kawasan paya bakau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Pasukan Polis Marin (PPM) Langkawi berjaya mematahkan cubaan menyeludup pelbagai jenis peranti dan cecair vape ke Thailand dalam Op Taring Landai di Ayer Hangat, di sini semalam.

Dalam operasi kira-kira pukul 1 pagi itu, sejumlah kotak mengandungi barangan tersebut ditemui di kawasan paya bakau berhampiran anak sungai Kampung Ewa.

Pemangku Komander PPM Wilayah 1, Superintendan Fakharuddin Amri Sanusi berkata, operasi tersebut dilakukan Unit Risik Marin PPM Langkawi dengan kerjasama Balai Polis Ayer Hangat.
Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati tiada individu berada di lokasi kejadian.

“Kesemua peranti dan cecair vape yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM178,400. Kesemua barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Langkawi sebelum diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia Daerah Langkawi untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 berkaitan kesalahan memiliki atau menyimpan barang larangan yang disyaki diseludup. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI