fbpx
PEARLY dan Thinaah menepati ramalan untuk melangkah ke pusingan kedua Terbuka India. - SHIDDIEQIIN ZON

Terbuka India: Pearly-Thinaah mara ke pusingan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah tidak berdepan banyak masalah apabila meneruskan kemaraan ke pusingan kedua pada Kejohanan Badminton Terbuka India.

Pada aksi pusingan pertama di Indira Gandhi Arena, New Delhi sebentar tadi, gandingan naib juara dunia itu menewaskan wakil tuan rumah, Kavipriya Selvam-Simran Singhi 21-18, 21-6.

Turun sebagai pilihan kedua kejohanan, Pearly-Thinaah bagaimanapun dipaksa bekerja keras di set pertama sebelum kembali mendapatkan momentum di set berikutnya dan mencatat kemenangan.

“Ini adalah permulaan yang baik untuk kami berdua tetapi masih ada perkara perlu diperbaiki. Selepas ini kami akan berehat secukupnya dan berbincang semula untuk perlawanan esok,” kata Thinaah kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Beregu No.2 dunia itu pastinya mahu untuk sekurang-kurangnya mengulangi pencapaian musim lalu di mana mereka berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir pada kejohanan Jelajah Dunia Super 750 tersebut.

Menjelang pusingan kedua esok, anak-anak buah Rosman Razak itu akan berdepan beregu Perancis, Margot Lambert-Camille Pognante yang menewaskan satu lagi wakil tuan rumah, Ashwini Bhat-Shikha Gautam 21-18, 21-16.

Turut melangkah ke pusingan kedua adalah beregu lelaki profesional, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang membenam cabaran gandingan Choi Sol Gyu-Goh V Shem 19-21, 21-16, 21-10.

Bagaimanapun, hasrat satu lagi beregu wanita negara, Carmen Ting-Ong Xin Yee untuk mengikut jejak langkah Pearly-Thinaah tidak kesampaian apabila tewas 17-21, 14-21 kepada Hsieh Pei Shan-Hung En Tzu dari Taiwan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI