fbpx
Anggota polis menahan seorang lelaki yang dikatakan mengugut untuk membunuh anak perempuannya di Jeti Tok Bali, Pasir Puteh hari ini. - Foto IHSAN BOMBA

Bapa khayal dadah ugut bunuh anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR PUTEH – Seorang lelaki berusia 24 tahun yang dikatakan cuba terjun bersama anak perempuannya berusia dua tahun ke dalam sungai di Jeti Tok Bali, di sini hari ini rupa-rupanya turut bertindak di luar kawalan termasuk mengugut untuk membunuh kanak-kanak tersebut.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati suspek yang disahkan positif dadah jenis methamphetamine membawa anaknya ke tepi jeti tersebut sambil memegang serpihan botol kaca pecah dipercayai diambil di sekitar kawasan jeti berkenaan.

“Pihak polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 7.25 pagi berhubung satu kejadian ugutan jenayah melibatkan seorang lelaki terhadap anaknya. Punca kejadian masih dalam siasatan.

“Pemeriksaan fizikal mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Anis, di sini untuk pemeriksaan lanjut dan pemantauan kesihatan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, tindakan pantas anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh berjaya menyelamatkan seorang lelaki bersama anak perempuannya daripada terjun ke dalam Sungai Semerak di Jeti Tok Bali di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI