fbpx
Wakil pengusaha kedai serbaneka (kiri) bertemu pegawai KKM selepas didenda RM30,000 kerana menjual rokok berhampiran kawasan sekolah di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.

Kedai serbaneka jual rokok berhampiran sekolah didenda RM30,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Padah menjual rokok berhampiran sekolah, pengusaha sebuah kedai serbaneka di daerah ini didenda RM30,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Majistret Marsha Abdul Malik menjatuhkan hukuman demikian selepas pengurus syarikat premis perniagaan tersebut selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, premis tersebut telah menjual produk tembakau di dalam kawasan yang terletak kurang 40 meter dari pagar sebuah sekolah, di Jalan Jakar, di sini pada pukul 11 pagi, 14 April lalu.

Kedai serbaneka berkenaan didakwa mengikut Seksyen 10(1) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Sementara itu, seorang pengusaha sebuah kedai runcit didenda sebanyak RM9,000 oleh mahkamah sama atas kesalahan menjual rokok kepada remaja lelaki berusia 17 tahun.

Majistret Marsha menjatuhkan hukuman itu selepas OKS membuat pengakuan bersalah setelah pertuduhan dibacakan.

Berdasatkan pertuduhan, OKS didakwa didapati telah menjual produk merokok kepada seorang lelaki orang belum dewasa (OBD) berusia 17 tahun.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di premis tersebut terletak di Binjai, di sini pada pukul 3 petang, 29 September 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI