fbpx
Gambar hiasan.

Suri rumah rugi RM70,731 diperdaya ‘scammer’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang suri rumah kerugian RM70,731 akibat diperdaya skim pekerjaan yang tidak wujud.

Wanita berusia 28 tahun itu turut meminjam wang ahli keluarganya sebagai sebahagian modal untuk melakukan kerja sambilan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, suri rumah tersebut dihubungi individu tidak dikenali yang mendakwa kononnya wakil sebuah syarikat platform e-dagang pada 2 Januari lalu.

“Suspek mengumpan mangsa dengan menghantar hadiah sebelum menawarkan peluang pekerjaan sambilan dengan komisyen kononnya lumayan.

“Mangsa yang tertarik telah bersetuju untuk terlibat dalam pekerjaan sambilan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, suri rumah tersebut membuat pembayaran kononnya sebagai modal untuk melakukan kerja sambilan terbabit.

Beliau berkata, ia dilakukan menerusi tujuh transaksi pembankan dalam tempoh dua hari bermula 11 Januari lalu.

“Mangsa akhirnya menyedari tertipu apabila tidak memperolehi komisyen dijanjikan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI