fbpx

Rompin daerah pertama rekod IPU tidak sihat di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Sharkar (tengah) ketika sidang akhbar hari ini.

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD

TEMERLOH – Rompin menjadi daerah pertama di negeri ini merekodkan Indek Pencemar Udara (IPU) tidak sihat susulan kebakaran tanah gambut di daerah itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, sehingga pukul 3 petang ini bacaan IPU di daerah yang terkenal dengan udang galah itu ialah 109.

“Bagaimanapun IPU di daerah Rompin menunjukkan trend penurunan berbanding 167 yang direkodkan pada minggu lalu dan secara keseluruhan kadar pencemaran yang disebabkan kebakaran di Pahang adalah terkawal.

“Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan terus melakukan pemantauan dan pasukan bomba juga sedang bertungkus lumus memadamkan kebakaran hutan pada masa ini,”katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, pada masa ini terdapat lima stesen pengawasan udara di negeri ini iaitu Rompin, Indera Mahkota, Balok Baru, Jerantut dan Temerloh.

Beliau memberitahu, berdasarkan pemantauan stesen pengawasan udara Rompin merekodkan bacaan 109, Temerloh (55), Jerantut (59), Balok Baru Kuantan (51) dan Indera Mahkota Kuantan (45).

Dalam pada itu, dalam usaha menangani kes kebakaran hutan yang berlaku setiap tahun pihak JAS telah mewujudkan beberapa infrastuktur pencegahan kebakaran di lokasi yang sering merekodkan kebakaran hutan.

“Empat komponen yang diletakkan di situ ialah sekatan saliran air, telaga air tanah, kolam takungan dan juga menara tinjau.

“Orang ramai yang terlihat kebakaran di kawasan berkenaan boleh menggunakan peralatan tersebut sebagai usaha pencegahan awal sebelum bomba sampai,”ujarnya. -K!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI