fbpx
MUHAMMAD NAZRI dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini bagi pertuduhan memandu melulu sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal, 8 Januari lalu. Foto BAZLAN IBRAHIM

Pemandu treler mengaku tidak bersalah memandu melulu, menyebabkan kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu treler mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan memandu dengan melulu dan membahayakan hingga menyebabkan kematian di Lebuh Raya Linkedua, Iskandar Puteri, di sini minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Nazri Barahama, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.

Mengikut pertuduhan, pemandu treler itu telah menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal lelaki berusia 30 tahun kerana memandu dengan melulu dan membahayakan.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta pengangkutan jalan 1987 (pindaan 2020) dan kes dikendalikan Pendakwa Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor, Inspektor S. Vikineswari manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin, lapor diri di balai polis berhampiran dan lesen digantung sehingga kes selesai.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 24 Februari depan, bagi serahan dokumen dan lantikan peguam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI