fbpx
Mohd. Izuddin (tengah) didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Syakirah Hanan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

Pemandu Honda Jazz langgar mati Syakirah didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Pemandu kereta Honda Jazz dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan meragut nyawa pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada minggu lalu.

Tertuduh, Mohd. Izuddin Zakaria, 32, sekadar menyebut nombor MyKadnya tanpa memberi apa-apa reaksi selepas kertas pertuduhan selesai dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd. Izuddin sebagai pemandu kereta Honda Jazz didakwa memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kemalangan membawa kematian Syakirah Hanan Mazli, 25.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di persimpangan lampu isyarat Jalan Kemajuan di sini pada pukul 1.55 tengah hari, 5 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima dan 10 tahun dan denda antara RM20,000 dan RM50,000 jika sabit kesalahan.

Hukuman hilang kelayakan memegang lesen memandu bagi tempoh sekurang-kurangnya lima tahun dari tarikh sabitan juga boleh dikenakan jika sabit kesalahan.

Majistret Noor Mazrinie juga memerintahkan tertuduh menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Permai, Johor Bahru.

Beliau juga mengarahkan semua lesen memandu Mohd. Izuddin bagi semua kelas kenderaan digantung sehingga prosiding selesai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN