fbpx
SEMENYO (kiri) tidak mengambil masa lama untuk mencipta impak segera bersama City. - AFP

Debut Semenyo curi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Antoine Semenyo memulakan karier baharu bersama Manchester City dengan penuh impak apabila mencetak satu gol dan satu bantuan jaringan dalam kemenangan besar 10-1 ke atas Exeter City pada pusingan ketiga Piala FA di Etihad awal pagi semalam.

Empat hari selepas meninggalkan Bournemouth, pemain sayap Ghana itu terus mencuri tumpuan apabila dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan sekali gus membuktikan nilai pelaburan £65 juta (RM355.18 juta) yang dikeluarkan City.

Prestasi itu turut mencatat sejarah apabila Semenyo menjadi pemain pertama meledak gol dan bantuan jaringan dalam debut bersama City sejak Sergio Aguero pada 2011.

Penolong jurulatih City, Pep Lijnders yang menggalas tugas mengendalikan pasukan, memuji keserasian pantas serta sikap merendah diri Semenyo sejak hari pertama bersama skuad itu.

“Antoine sedang menyesuaikan diri dengan sangat baik. Dia seorang yang rendah diri dan kami sudah lama mengekori perkembangannya. Dia membawa sesuatu yang kami perlukan di barisan serangan,” kata Lijnders.

Semenyo membuka gol City apabila menyambut hantaran Rayan Cherki sebelum tenang menyudahkan peluang menewaskan penjaga gol Exeter, Joe Whitworth dalam kemenangan terbesar kelab itu selepas tempoh lebih satu abad

Rakan sepasukan, Rico Lewis turut mengakui kehadiran Semenyo memberi dimensi baharu kepada City dan menyifatkan peralihannya ke dalam pasukan seolah-olah tanpa jurang.

“Ia bukan kejutan kerana semua orang tahu betapa bagusnya dia. Semua orang mahukannya dan hari ini dia tunjukkannya,” kata Lewis.

Kemenangan tersebut melebarkan rekod tanpa kalah City kepada 12 perlawanan dalam semua kejohanan, dengan Semenyo kini mula dilihat sebagai senjata baharu yang mampu membawa impak besar di Etihad. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN