fbpx
Keadaan motosikal Honda EX5 yang terbakar setelah terlibat dalam kemalangan maut meragut nyawa Nor Azimi di Jalan Pengadang Baru, Kuala Terengganu hari ini.

Pelajar tingkatan tiga maut kemalangan hari pertama sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar tingkatan tiga maut pada hari pertama persekolahan hari ini selepas motosikal yang ditunggang terlibat dalam kemalangan di Pengadang Baru, di sini.

Dalam kejadian pukul 6.40 pagi itu, mangsa, Nor Azimi Nor Hashim, 15, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin meninggal dunia akibat parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Difahamkan, kemalangan berlaku ketika Nor Azimi dalam perjalanan pulang rumah di Belukar Sukai, Kepong di sini selepas mengisi petrol di stesen minyak di Pengadang Baru.

Remaja itu dikatakan mahu mengambil adik perempuannya yang berusia 14 tahun di rumah sebelum pergi ke sekolah dengan menaiki motosikal.

Sebaik tiba di lokasi, motosikal ditunggang si mati gagal mengelak lalu merempuh kereta jenis Perodua Axia yang dikatakan keluar simpang. Kemalangan itu menyebabkan mangsa tercampak sebelum motosikal Honda EX5 dinaiki remaja itu terbakar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN