MANCHESTER – Manchester City serius untuk merampas gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menandatangani pemain antarabangsa Ghana, Antoine Semenyo daripada kelab Bournemouth dengan nilai perpindahan sebanyak £65 juta (RM355 juta).
Menurut laporan, Semenyo yang berusia 26 tahun itu menandatangani kontrak jangka panjang dengan The Citizens sehingga penghujung musim 2031.
Semenyo yang telah menjaringkan 10 gol bersama Bournemouth mengakui sangat teruja dapat menamatkan saga perpindahan dengan berhijrah ke kelab bimbingan Pep Guardiola itu.
“Saya bangga dapat menyertai Manchester City. Secara jujur, saya sudah ikuti City sejak sedekad lalu di bawah kendalian Guardiola dan inilah pasukan paling dominan di England.
“Pasukan ini sudah menetapkan standard tertinggi dengan kehadiran pemain bertaraf dunia, fasiliti berkelas antarabangsa dan salah seorang pengurus terbaik sepanjang zaman,” katanya.
Semenyo yang diberikan jersi No. 42 dijangka membuat kemunculan debut pada aksi Piala FA menentang Exeter City pada malam esok. – AGENSI














