fbpx
Kalil dan Baylee berpisah pada 2022 selepas tujuh tahun bersama. - Getty Images

Bekas bintang NFL saman mantan isteri dedah kisah dalam kelambu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Bekas bintang National Football League (NFL), Matt Kalil memfailkan saman terhadap mantan isterinya, Hayley Baylee selepas wanita itu mendakwa bahawa saiz alat kelaminnya menyebabkan mereka bercerai, lapor akhbar The Sun UK. 

Kalil, 36, dan pempengaruh media sosial yang juga model itu berpisah pada 2022 selepas tujuh tahun bersama. 

Saman menuntut sejumlah ganti rugi tersebut difailkan selepas Baylee mendedahkan cerita dalam kelambu itu  dalam  satu program audio siar (podcast).

Dia memberitahu bahawa mereka telah berjumpa dengan beberapa ahli terapi serta doktor untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina. 

Kalil menyifatkan dakwaan itu sebagai komen yang ‘menceroboh privasi’ dan menjejaskan keupayaannya untuk mengelakkan perhatian umum, lapor saluran berita hiburan TMZ. 

Kalil mendirikan rumah tangga kali kedua dengan seorang model, Kailani Asmus selepas bertunang pada 2024. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI