fbpx
Gambar hiasan

Dera budak: Pasangan suami isteri direman seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Sepasang suami isteri direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mendera kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.

Perintah reman ke atas suspek berusia 22 dan 30 tahun yang berasal dari Sabah itu dikeluarkan Majistret Nurul Azuin Mohd. Talhah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, permohonan reman itu dibuat bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

Semalam, Kosmo! melaporkan polis menahan sepasang suami isteri selepas seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemui dalam keadaan ketakutan dan kelaparan di hadapan sebuah kedai serbaneka berhampiran Desa Melati.

Terdapat kesan kecederaan disyaki didera pada tubuh mangsa termasuk belakang badan, dada, lengan dan kaki. Kanak-kanak itu dirujuk ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk pemeriksaan.

Pemeriksaan turut mendapati kanak-kanak itu hiperaktif dan pernah menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 2020 akibat kecederaan ‘non-accidental injury’ dipercayai melecur air panas, namun kes diklasifikasi sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

 

– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI