fbpx
Sebahagian PATI yang ditahan dan diperiksa dalam Operasi Penguatkuasaan yang dijalankan di 13 lokasi sekitar Seremban dan Nilai. Foto IHSAN JIMNS

Imigresen ‘bersihkan’ Nilai dan Seremban, 77 PATI ditahan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan seramai 77 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di 13 lokasi sekitar Seremban dan Nilai selama dua hari sejak kelmarin.

Operasi bermula pukul 9 pagi, Selasa lalu dan berakhir pukul 1 pagi itu memeriksa seramai 395 warga asing.

Pengarahnya, Kennith Tan Ai Kiang berkata, pemeriksaan mendapati 71 lelaki dan enam wanita berusia 19 hingga 47 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan dengan 55 PATI dicekup di sebuah kilang di Nilai,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, tangkapan membabitkan empat warga Indonesia, Pakistan (10), Bangladesh (26), Thailand (6), Myanmar (5) dan India (26).

Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada pas dan dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa dan kesalahan lain di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Kesemua PATI yang ditahan ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

Kennith berkata, operasi itu dijalankan hasil aduan orang awam serta risikan selama seminggu. Tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku sepanjang operasi tersebut. JIM tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap majikan atau individu yang menggaji atau melindungi PATI, termasuk pendakwaan di mahkamah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI