fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat, angin kencang di Sarawak hingga tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk di Sarawak pagi ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku sehingga pukul 1 tengah hari ini.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Sarawak melibatkan Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Sarikei), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang,” katanya.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI