fbpx
Gambar hiasan.

Ibu bapa tak tunggu BAP buat persiapan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Ramai ibu bapa terpaksa mendahulukan duit gaji dan wang simpanan mereka untuk membuat persiapan persekolahan anak-anak berbanding menunggu Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 yang akan diagihkan pada sesi persekolahan nanti.

Rata-rata yang ditemui Kos­mo! di sini, berkata, mereka tidak boleh menunggu lagi tarikh penyaluran tunai seba­nyak RM150 untuk setiap anak dan perlu membuat persiapan awal meskipun dalam kadar sederhana.

BAP 2026 akan diperolehi seawal minggu depan iaitu pada awal sesi persekolahan berlainan pada tahun sebe­lumnya yang diperolehi lebih awal.

Seorang pekerja swasta yang juga ibu kepada tiga anak, Seha Adnan, 44, berkata, hanya berbaki kurang seminggu sahaja lagi untuk anak-anak memulakan sesi persekolahan 2026 dan persiapan awal perlu dilakukan bagi melancarkan urusan pada hari pertama sekolah.

“Saya memang tak tunggu BAP, sudah beli awal segala kelengkapan sekolah anak pada hari gaji 30 Disember lalu.

“Kali ini, suasana kedai pakaian memang tak nampak ramai orang seperti tahun-tahun lalu, masih ada ruang di dalam kedai untuk kita ukur dan cuba pakaian sekolah untuk anak-anak,” katanya di sini.

Seha berkata, dia telah membelanjakan kira-kira RM1,300 untuk tiga anaknya yang masing-masing berseko­lah di tahun satu, tingkatan satu dan lima tahun ini.

Sementara itu, Muhamad Fauzi Abu Bakar, 37, yang be­kerja swasta berkata, dia sudah rancang untuk beli barang sekolah lapan anaknya.

“Sejak Oktober saya sudah beli sikit-sikit kasut yang boleh guna pakai dulu saya beli bulan depan pula,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN