fbpx
Rubio berucap semasa sidang media di estet Mar-a-Lago di Palm Beach, negeri Florida baru-baru ini. - AFP 

Trump tidak benarkan Venezuela adakan pilihan raya 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Venezuela tidak dibenarkan untuk mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat selepas pemimpinnya, Nicolas Maduro ditangkap oleh tentera Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar The Sun UK. 

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio berkata, ia adalah terlalu awal untuk memilih presiden baharu selepas kejatuhan Maduro. 

Mahkamah Agung Venezuela sebaliknya melantik Nasib Presiden Delcy Rodriguez untuk mengambil alih kepimpinan negara sepanjang ketiadaan Maduro. 

Terdahulu, Presiden Donald Trump berkata, beliau lebih gemar Rodriguez mengambil alih kuasa berbanding pemimpin pembangkang Venezuela, Maria Corina Mochado. 

Menurut Trump, Rodriguez telah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Amerika  demi ‘menjadikan Venezuela hebat semula’. 

“Dia (Rodriguez) tidak mempunyai pilihan kerana Washington akan mengawal dasar di Caracas buat masa ini,” kata Trump. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI