fbpx
Anggota polis mengangkat mayat mangsa kemalangan dilanggar SUV di Tanjung Tokong, malam tadi.

Nenek maut tercampak selepas dirempuh pemandu mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Malang buat seorang pejalan kaki warga emas apabila dia maut dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika melintas jalan di Jalan Lembah Permai, Tanjung Tokong di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa wanita berusia 67 tahun disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada badan dan kepala dipercayai akibat tercampak beberapa meter dari lokasi dia dirempuh.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Mohammad berkata, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku melibatkan seorang pejalan kaki warga tempatan dan sebuah SUV yang dipandu lelaki warga asing berumur 51 tahun.
Menurutnya, semasa kejadian SUV terbabit dalam perjalanan dari arah Jalan Mount Erskine menghala ke Jalan Tanjung Bungah.

“Semasa tiba di tempat kejadian, SUV telah terlanggar pejalan kaki yang melintas dari kiri ke kanan jalan. Akibat kemalangan ini, pejalan kaki tersebut telah tercampak di atas jalan raya lalu meninggal dunia di tempat kejadian.

“Hasil ujian saringan kandungan alkohol telah dijalankan terhadap pemandu SUV dan mendapati lelaki terlibat disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol yang melebihi had dibenarkan,” katanya di sini, hari ini.

Jelas beliau lagi, polis telah menahan pemandu pemandu SUV berkenaan dan akan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI