fbpx
Janna Nick meluahkan rasa kesal apabila menerima komen negatif susulan kerap meluahkan hasrat memiliki cahaya mata.

‘Menyampah, suka hatilah nak post 560 kali sehari pun fasal anak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Janna Nick meluahkan rasa kesal apabila menerima komen negatif susulan kerap meluahkan hasrat memiliki cahaya mata.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 31, hairan dengan sikap segelintir pihak yang memandang serong terhadap luahan peribadi seseorang, khususnya berkaitan keinginan untuk bergelar ibu.

“Dah apa masalahnya kalau orang cakap nak anak setiap hari pun? Sibuk je nak komen ‘oh jangan mengharap sangat, nanti lagi tak dapat’.

“Suka hatilah, kalau nak buat hantaran 560 kali sehari pun fasal nak anak,” katanya dalam Threads.

Dalam masa sama, isteri kepada pelakon Dini Schatzmann itu mempersoalkan sifat sesetengah individu yang suka menjadi penghancur kebahagiaan seseorang.

“Kenapa manusia sekarang suka jadi ‘joy killer’ eh? Aku nyatakan je pun, bukan mengeluh.

“Sibuk nak bagi pendapat kau yang tak penting itu. Saya tidak mahu tahu!,” tegasnya.

Selain itu, Janna memaklumkan sering berfikiran positif terhadap komen-komen liar yang diterima tetapi semakin geram terhadap kata-kata netizen.

“Kita ini dah rasa empati tinggi dah, bila orang komen negatif, masih lagi boleh fikir ‘mungkin dia tak gembira atau sedih dengan hidup dia’.

“Tapi lama-lama macam menyampah juga, asyik nak fikir situasi dia saja,” jelasnya.

Sebelum ini, Janna meluahkan impian yang belum tercapai iaitu memiliki zuriat selepas lebih tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Janna juga pernah menangis tanpa pengetahuan suami hanya disebabkan datang bulan.

Dia juga pernah menangis teresak-esak meminta agar orang ramai berhenti bertanyakan soal anak selain mendedahkan sudah setahun menjalani rawatan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF), namun gagal.

Janna dan Dini berkahwin pada Jun 2023 di sebuah pusat peranginan di Langkawi.

Sejak berkahwin Janna dan Dini tidak pernah merancang soal anak bahkan sering berharap segera dikurniakan cahaya mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI