fbpx
MOHAMED KHALED ketika hadir Majlis Ramah Mesra bersama komuniti Kampung Makam di Pangkalan Kota di sini hari ini.

Rasuah, salah guna kuasa dalam Mindef tidak akan dimaafkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Sebarang unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku dalam Kementerian Pertahanan (Mindef) tidak akan dimaafkan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan, beliau sendiri memang memberi penekanan kepada nilai amanah dan integriti kepada setiap pemegang jawatan di dalam kementerian itu.

Bagaimanapun katanya baru-baru ini terdapat aduan-aduan bersifat tuduhan yang tidak mempunyai bukti sehingga boleh menjejaskan kredibiliti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan wajar tindakan diambil untuk membersihkan nama ATM.

“Saya sendiri memang beri penekanan kepada soal supaya setiap pemegang jawatan memiliki nilai-nilai amanah berintegriti dan sebagainya dan kita tidak memaafkan apa-apa unsur rasuah penyalahgunaan kuasa yang berlaku terutamanya dalam Mindef. Itu kita punya pendirian.

“Dari semasa ke semasa memang kita terima aduan dan sebagainya dan yang akhir-akhir ini aduan itu berserta dengan pelbagai bukti yang mungkin tak dapat nak dinafi ataupun disangkal.

“Tetapi ada juga aduan-aduan yang bersifat sebagai satu tuduhan yang tidak ada bukti. Yang baru-baru ini pun saya tengok yang dikeluarkan itu sesuatu tuduhan yang sebenarnya tidak disertakan dengan bukti yang kalau ini berlarutan memang akan menjejaskan kredibiliti dan nama baik ATM,” katanya pada Majlis Ramah Mesra bersama komuniti Kampung Makam di Pangkalan Kota di sini hari ini.

Terdahulu media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah pejabat Tentera Darat di Mindef serta di kediaman rasmi milik seorang pegawai kanan Tentera Darat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN