fbpx
JAMALUDDIN Mohamed Saha tidak mengaku bersalah atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan OKU, dua tahun lalu.

Juruteknik pendingin hawa tak mengaku salah ‘sentuh’ remaja OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang juruteknik pendingin hawa tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan yang juga orang kurang upaya (OKU) pada September 2024.

Tertuduh, Jamaluddin Mohamed Saha, 54, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun dua bulan dengan mengetahui ketidakupayaan fizikalnya di sebuah rumah di Taman Pengkalan Intan, di dalam daerah Kinta sekitar waktu tengahari, pada September 2024.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(2)(k) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, M. Raveenaa manakala tertuduh diwakili peguam bela, Hasmah Nordin.

Terdahulu, Raveenaa memberitahu mahkamah bahawa mangsa dalam kejadian itu merupakan seorang remaja OKU dengan masalah pekak dan bisu.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Februari depan untuk sebutan semula kes.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI