fbpx
Adly bertanyakan sesuatu kepada Zullfika yang tercedera dalam insiden helikopter mendarat cemas ketika melawatnya di Hospital Melaka semalam.

‘Saya orang kedua yang timbul’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – “Kejadian berlaku sekelip mata. Lepas saya buka pintu belakang, saya orang kedua yang timbul.”

Itu yang dikongsikan Bintara Kanan Technician Marine Srimala (Kuater Master Udara) Mohammad Zullfika Mohiddi, salah seorang kru helikopter Super Lynx milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terlibat dalam insiden pendaratan cemas di perairan Pantai Klebang, di sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 10.50 malam itu berlaku ketika pesawat ber­kenaan sedang melaksanakan pe­nerbangan demonstrasi sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-60 Grup Gerak Khas (GGK), Tentera Darat Malaysia (TDM). Seramai empat kru udara berada dalam helikopter ketika kejadian.

Kesemua kru di­selamatkan oleh pasukan TLDM sebelum dibawa ke Hospital Me­laka untuk rawatan lanjut.

Menurut Zullfika, dia mengalami kecederaan di bahagian pinggang belakang dan betis kanan, namun masih mampu bergerak.

“Semasa itu saya boleh jalan lagi, tapi benda berlaku sekelip mata. Cuaca memang baik, bulan terang dan tiada awan. Semua pemeriksaan telah dibuat,” kata­nya ketika ditemui di Zon Kuning Unit Kecemasan Hospital Melaka.

Beliau berkata, insiden berlaku ketika pasukan mereka sedang me­nunggu giliran untuk demonstrasi bersama bot dalam babak menyelamatkan ‘tebusan’.

Adly (kanan) bertanyakan keadaan kesihatan Mohammad Faiz yang telah dibenarkan pulang selepas kesihatannya kembali pulih di Hospital Melaka semalam.

“Jadi masa itulah kejadian jadi, orang ramai tak perasan sebab kita jauh daripada tempat pertunjukan. Kejadian ini memang betul-betul luar jangka. Sebab latihan sudah dibuat banyak kali. Kami di sini sudah tujuh hari,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Adly Zahari berkata, tiga lagi anggota yang terlibat dalam insiden itu ialah Leftenan Komander Afiq Muzani Abdul Aziz yang merupakan Pegawai Taktikal Udara (Tacco), Leftenan Komander Muhamad Kamal Abdul Rani dan Leftenan Mohammad Faiz Razali masing-masing juruterbang dan Tacco kedua.

Katanya, seorang masih berada di Zon Kuning, Hospital Melaka dan Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala dua lagi telah dibenarkan pulang.

“Seorang kru berada di ICU kerana mengalami komplikasi pada paru-paru, manakala seorang lagi di Zon Hijau. Kedua-dua mereka stabil, namun masih dipantau rapi oleh pihak hospital.

“Kalau boleh kita akan pindahkan seorang ke Hospital ­Angkatan Tentera di Lumut, cuma seorang lagi (mangsa) di ICU mungkin perlukan pemantauan,” katanya.

Menurut Adly, usaha membawa keluar helikopter dari lokasi untuk penilaian teknikal telah dijalankan dan selesai semalam.

“Kita akan lihat keperluan untuk kenal pasti punca keseluruhan. Helikopter tersebut akan dibawa ke Lumut dengan bantuan loader. Semua aspek teknikal, logistik dan operasi akan diambil kira supaya kejadian seumpama ini tidak berulang,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN