fbpx
kredit bantuan Sara RM100 one-off boleh digunakan hingga 31 Disember 2025 bagi pembelian barangan asas di kedai dan pasar raya terpilih. – GAMBAR HIASAN

Terlupa, malas beratur alasan tak guna Sara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kekangan masa selain terlupa menggunakan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) antara faktor sebahagian individu tidak me­nebus bantuan RM100 secara ‘one-off’ yang diperkenalkan kerajaan.

Tinjauan Kosmo! mendapati, ada antara mereka yang merasakan diri tidak layak untuk menikmati bantuan yang berakhir 31 Disember lalu.

Bagaimanapun, mereka me­ngakui, bantuan yang diberikan kerajaan itu amat bertepatan membantu keluarga berpendapatan rendah, terutama dalam ekonomi semakin mencabar.

Bagi Aisyah, 27, berkata, dia pada mulanya mahu memberi laluan kepada penerima lain menebus Sara pada peringkat awal pelaksa­naan bantuan tersebut sebelum akhir­nya terlupa mengenainya.

“Ketika awal pelaksanaan, keadaan di kaunter agak sesak dengan orang ramai yang beratur untuk menebus bantuan ber­kenaan selain berdepan masalah sistem yang kerap tergendala.

“Saya bukan jenis yang mahu kejar semua perkara baharu. Di­sebabkan kesibukan harian, saya akhirnya terlupa menggunakan bantuan tersebut,” katanya.

Seorang penuntut dikenali Apis, 24, berkata, faktor berbaris panjang selain pembayaran yang mengambil masa antara faktor dirinya tidak menggunakan bantuan penghargaan berkenaan.

“Saya masih mampu mengurus perbelanjaan asas. Bantuan ini lebih sesuai diberikan kepada golongan yang benar-benar memerlukan,” katanya.

Seorang pekerja kilang dikenali Muhammad, 26, berkata, dia tidak sempat menggunakan Sara disebabkan kekangan kerja selain kurang jelas mengenai barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN