fbpx
NEYMAR memasang impian untuk kembali menyarung jersi Brazil dan beraksi di pentas Piala Dunia 2026 pada Jun ini. - AFP

Neymar termakan pujukan Santos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RIO DE JANEIRO – Neymar akhirnya menerima pelawaan Santos untuk menandatangani kontrak lanjutan selama setahun lagi dalam misi merebut tempat dalam skuad kebangsaan Brazil ke Piala Dunia 2026, Jun ini.

Menerusi laporan, pemain berusia 34 tahun itu hampir pasti mengikat kontrak dengan kelab Liga Brazil itu sehingga penghujung tahun ini sekali gus menepis dakwaan bakal kembali ke bumi Eropah pada jendela perpindahan kali ini.

Sebagai rekod, Neymar yang dibelenggu kecederaan pada tahun lalu telah kembali beraksi secara kompetitif pada November lepas dan mempamerkan aksi meyakinkan selepas meledak lima gol dalam tujuh perlawanan.

Prestasi positif itu menguatkan keyakinannya bahawa kekal bersama Santos adalah jalan terbaik untuk kembali menambat hati pengendali Brazil, Carlo Ancelotti.

Meskipun bergelar penjaring gol sepanjang zaman Selecao dengan 79 jaringan, bekas pemain Barcelona itu masih belum berada dalam radar Ancelotti selepas kali terakhir menyarung jersi skuad kebangsaan pada September 2023.

Namun, Neymar baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan terbuka bahawa misinya dengan skuad kebangsaan belum selesai kerana mahu membawa pulang trofi Piala Dunia ke tanah air.

Malah, Neymar turut mengambil inisiatif untuk menjalani pemulihan bersama ahli fisioterapi terkenal, Eduardo Santos, yang digelar ‘Dr. Ajaib’ di Brazil selepas berjaya memastikan beberapa pemain terkemuka pulih lebih cepat selepas mengalami kecederaan serius. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI