fbpx
RAMAI anak muda berazam untuk mencapai kehidupan yang terbaik sepanjang tahun 2026. - GAMBAR HIASAN

Ramai mahu kahwin, dapat kerja tetap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang muda mula memberi fokus kepada beberapa perkara penting sepanjang tahun 2026 seperti merancang kewangan, emosi, muhasabah diri dan mengukuhkan perniagaan sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Penganalisis Sistem, Nurul Nadia Norizham, 26, berkata, dia mahu kehidupannya stabil dan terurus selepas bercadang membuat majlis kahwin gilang-gemilang pada azam tahun baharu.

Katanya, penting bagi pasa­ngan untuk memahami dan menyokong emosi serta kerjaya.

“Saya perlu membuat perancangan teliti dan pastikan kehidupan lepas berkahwin stabil. Kewangan bukan hanya sebelum majlis, tetapi juga komitmen ha­rian, simpanan dan perancangan masa depan selepas berkahwin.

“Komunikasi dengan pasa­ngan menjadi kunci utama me­ngelak konflik. Bagaimanapun, ki­ta tidak perlu terburu-buru,” ka­tanya.

Irfan Syahmie Azha, 25, pula berkata, dia mahu bangkit semula dan membina kehidupan lebih stabil selepas berhenti kerja beberapa bulan lalu.

Katanya, azamnya ialah untuk lebih fokus, rajin dan tidak mahu buang masa dengan aktiviti tidak berfaedah.

“Saya mahu utamakan diri sen­diri supaya boleh capai impian dan bina masa depan yang lebih baik,” katanya.

Sharifah Shazfika Syed Moha­med Rahim, 23, pula mahu men­cari pekerjaan, memiliki simpa­nan kewangan yang kukuh untuk membantu keluarga serta menyimpan untuk perkahwinan.

“Saya mahu mengembara sekurang-kurangnya dua negara dan capai impian mendaki beberapa gunung,” ujarnya.

Bagi Noorfarahanim Rahimi, 33, tahun 2026 diharap membawa peningkatan berban­ding tahun sebelumnya selepas ­di­naik­kan pang­kat.

“Saya nak beli kereta sendiri, pergi umrah dan rumah sendiri. Saya percaya apa yang kita usaha akan ada hasilnya,” katanya.

Dalam pada itu, Nurul Haz­lina Zaiyunan, 25, menjadikan simpanan sebagai fokus utama selepas berjaya menamatkan pe­ngajian ijazah dengan kelas pertama.
“Saya nak betul-betul fokus kumpul simpanan dan rancang untuk sambung pengajian pe­ringkat sarjana pula dalam bidang pentadbiran perniagaan jika diberi kesempatan,” katanya.

Fatin Zahra Ahmad Rakimi, 23, dia mahu terus cekal dan tabah selepas menamatkan pengajian dalam jurusan undang-undang di Universiti Teknologi Mara Shah Alam kelak.

“Tidak mahu malas lagi dan akan memberikan yang terbaik untuk tahun akhir pengajian. Sa­ya juga mahu menjaga kesihatan mental dengan membentuk mindset positif serta menjauhkan diri daripada penyakit hati seperti dendam, hasad dan dengki,” katanya.

Pengurus Pemasaran Aynuf En­terprise, Umairah Farisah Ahmad Yuzri, 23, berkata, dia mahu memastikan produk mereka mam­pu dimiliki dan mudah diak­ses.

“Fokus utama saya ialah membangunkan perniagaan yang da­pat dinikmati semua golongan, termasuk B40. Saya juga bercadang untuk memperkukuh do­kumentasi perniagaan, menda­patkan lebih banyak pensijilan, dan meningkatkan sistem pe­ngurusan moden termasuk peng­gunaan kecerdasan buatan,” katanya.

Penyelidik kesihatan, Nik Nur Amalin Mohd. Atuah, 24, berkata, dia berazam untuk bekerja keras untuk dinaikkan pangkat, berkahwin dan membeli rumah.

“Saya ditawarkan untuk be­ker­ja selepas tamat latihan praktikal universiti selama enam bulan. Jadi, saya ingin mencari peluang kenaikan pangkat selepas hampir setahun bekerja,” katanya.

Pelajar, Shahira Izwani, 20, pu­la ingin mengekalkan keputusan akademik yang cemerlang secara konsisten.

“Saya berhasrat untuk me­ngekalkan keputusan akademik selepas tiga semester berjaya men­­dapat CGPA 3.8 ke atas.

“Walaupun masih berbaki lima semester lagi, saya yakin bahawa usaha dan tawakal itu sangat penting bagi mendapat keputusan yang cemerlang,” katanya
.
Muhammad Haikal Nor Azmi, 22, pula ingin mencapai impiannya menjadi seorang wartawan.

“Sekarang, saya berada di tahun akhir di UiTM. Saya juga ingin mengembangkan bakat dalam bidang pengacaraan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN