fbpx
Rose berada di tempat pertama senarai 100 Most Beautiful Faces 2025. - Getty Images

Rose Blackpink wanita tercantik di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Penyanyi kumpulan Blackpink, Rose dinobatkan wanita tercantik dunia dalam senarai tahunan 100 Most Beautiful Faces yang dikeluarkan organisasi pengkritik bebas, TC Candler, lapor saluran berita ChannelNewsAsia semalam.

Ahli kumpulan K-pop Korea Selatan itu merekodkan kenaikan enam anak tangga, selain menjadi tahun ketujuh berada dalam senarai tersebut.

Anggota Blackpink lain turut memasuki senarai sama dengan Kim Jisoo di tangga ke-11, Lalisa Manobal di tempat ke-22 dan Jennie Kim pada kedudukan ke-46.

Di tempat kedua untuk senarai 2025 itu  ialah pelakon Amerika Syarikat, Sydney Sweeney,  manakala  penyanyi Thailand, Pharita daripada  kumpulan K-Pop Babymonster di tempat ketiga.

Pelakon Hollywood, Zendaya dan Margot Robbie masing-masing di tempat ke-23 dan ke-83.

Sementara itu, bagi senarai 100 Most Handsome Faces pula, penyanyi dan pelakon China, Zhang Zhehan berada di tempat pertama, manakala aktor kelahiran Australia, Jacob Elordi di tempat kedua dan pelakon Singapura, Ayden Sng di tangga ketiga.

TC Candler dianggap sebagai salah satu senarai kecantikan paling berpengaruh, dengan piawaian estetik bebas dan diiktiraf di peringkat global.

Ia menerbitkan kedudukan tahunan itu sejak tahun 1990. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI