fbpx
TANGKAP layar kejadian tersebut.

Empat kenderaan rosak bergesel treler di R&R Jejantas Ayer Keroh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kes kemalangan melibatkan sebuah treler bergesel dengan beberapa kenderaan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Ayer Keroh, Melaka disiasat di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, kemalangan itu berlaku pada pukul 9.39 pagi semalam di Kilometer 205, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara.

Menurutnya, siasatan awal mendapati treler tanpa muatan itu memasuki laluan kenderaan berat sebelum mendapati beberapa kenderaan berhenti di bahu kiri dan kanan jalan, selain laluan sebahagiannya dihalang kenderaan lain.

“Disebabkan keadaan itu, treler tersebut bergesel dengan empat buah kenderaan di kiri dan kanan laluan sekali gus menyebabkan kerosakan pada kenderaan terbabit.

“(Bagaimanapun), tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabit kesalahan, katanya, pesalah boleh dikenakan hukuman denda RM1,000 hingga RM5,000, atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya.

Beliau turut menasihatkan pengguna lebuh raya supaya mematuhi peraturan dan lebih berwaspada, khususnya ketika berada di kawasan rehat, laluan susur masuk dan kawasan sesak.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan, sebuah treler dilaporkan melanggar beberapa kereta yang diletakkan di tepi laluan di R&R Jejantas Ayer Keroh.

Menerusi rakaman video yang dikongsi di TikTok, beberapa kenderaan yang diletakkan di bahu jalan itu mengalami kerosakan selepas dilanggar treler yang mahu memasuki laluan ke R&R tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN