fbpx
PENYANYI Nubhan bertegas tidak mempunyai hubungan istimewa dengan gadis yang menjadi fokus kamera semasa persembahannya di pentas GV12, malam tadi.

‘Nama dia Kiki, dia orang kampung saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – “Nama dia Kiki, dia orang kampung saya”.

Demikian respons penyanyi juga peserta Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), Nubhan tentang indentiti gadis yang sering dipaparkan menerusi kaca televisyen saat dia membuat persembahan.

Menurut Nubhan atau nama lengkapnya Ahmad Nubhan Ahamad 39, dia sendiri tidak tahu kenapa gadis itu dijadikan fokus atau ‘highlight’ semasa persembahannya.

“Saya kenal dia dari dia kecil lagi. Nama timangan dia Kiki. Nama penuh saya tak tahu.Bila saya masuk GV12, ramai orang-orang kampung saya yang teringin nak datang tengok. Termasuklah dia.

“Ramai lagi orang kampung saya yang datang, bukan dia seorang. Mungkin minggu hadapan jurukamera ‘zoom’ orang lain pula,” katanya ketika ditemui di sidang media konsert minggu ke sembilan, di sini, semalam.

Pada konsert minggu ke sembilan yang bertemakan lagu pilihan penonton, Nubhan muncul sebagai juara mingguan selepas berjaya membuat persembahan dengan cemerlang menyampaikan lagu Bukan Lagi Kita dendangan asal Nadeera.

Kata Nubhan, lagu tersebut merupakan antara lagu paling sukar untuknya sepanjang berentap di GV12.

“Lagu tu memang sangat susah. Selepas saya cuba menyanyi pada hari Isnin dan Selasa, saya alami kesukaran. Hari Rabu terus saya pergi gimnasium. Lagu ini memerlukan stamina yang tinggi kerana dari mula sampai habis tiada tempat untuk berhenti.

“Pagi Ahad pun saya masih ke gimnasium untuk memantapkan lagi persembahan saya. Saya sampai tak tidur malam kerana risau memikirkan untuk menyanyikan lagu ini,” kongsinya. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN