fbpx
PELAKON Intan Najuwa meluahkan rasa geram dan bengang terhadap kes penderaan bayi baru-baru ini.

‘Kalau aku jumpa pengasuh itu, habis aku pijak kau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Terkesan dengan kes penderaan bayi, pelakon Datin Intan Najuwa menasihatkan setiap individu yang ingin berkerja sebagai  pengasuh memastikan tahap kesihatan mental berada dalam keadaan baik sebelum bersedia memikul tanggungjawab menjaga anak-anak orang lain, khususnya bayi.

Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, turut menyarankan golongan yang gagal mengawal emosi dan mental supaya mencari pekerjaan lain demi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Sekarang ini cerita dia kalau nak jadi pengasuh, tolong pastikan kesihatan mental awak okey dan mampu menjaga kanak-kanak terutamanya bayi.

“Jika tak mampu mengendalikannya, lebih baik cari pekerjaan lain. Jangan aniaya anak orang,” katanya dalam Threads dipercayai merujuk kes penderaan bayi terkini yang sedang diperkatakan ramai.

Bengang terhadap tindakan pengasuh mengasari bayi berkenan, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu berharap pihak berkuasa menjatuhkan hukuman yang setimpalnya buat pelaku.

“Walaupun bukan anak aku yang kena tapi kalau aku jumpa pengasuh itu, memang habis aku pijak-pijak kau.

“Pakai kaki saja dekat bayi itu, sumbat masuk penjaralah orang macam ini.

“Apa-apa pun pihak berkuasa tolong jangan lepaskan orang jahat. Mereka layak dihukum atas apa yang mereka lakukan,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, Intan turut mempertahankan golongan ibu yang terpaksa menyerahkan anak kepada pengasuh kerana tuntutan kerja.

“Tak ada ibu yang suka-suka nak keluar kerja dan tinggalkan anak mereka dengan pengasuh.

“Kebanyakan mereka tiada pilihan. Ini soal untuk terus hidup hari ini dan demi masa depan anak mereka. Jadi, tolonglah berempati,” jelasnya.

Sebelum ini, tular sebuah video menunjukkan seorang pengasuh yang didakwa mendera beberapa bayi di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Desa Petaling, Kuala Lumpur.

Suspek seorang wanita berusia 26 tahun ditahan pada 16 Disember lalu bagi siasatan lanjut oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI