fbpx
Anggota APM membawa turun mangsa untuk diberi rawatan.

Wanita melecur tahap dua ketika mendaki Bukit Ketumbar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang wanita mengalami kecederaan melecur tahap dua ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Ketumbar, Cheras, semalam.

Angkatan Pertahanan Awam Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan, Pusat Kawalan Operasi Daerah Kuala Lumpur menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 12.26 tengah hari.

“Pasukan penyelamat terpaksa mendaki bukit sebelum menemui mangsa di pertengahan laluan bagi memberikan bantuan awal serta membantu menurunkan mangsa ke kawasan selamat.

“Sebaik tiba di kaki bukit, mangsa diserahkan kepada pasukan EMS untuk rawatan susulan sebelum dihantar ke Hospital Ampang bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan melecur tahap dua di bahu, pergelangan tangan serta tapak tangan kiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN