TOKYO – Kemalangan besar melibatkan sekurang-kurangnya 50 kenderaan di sebuah lebuh raya utama di Jepun mengakibatkan dua orang terkorban dan 16 yang lain cedera, akhbar Daily Express semalam.
Kemalangan ngeri itu berlaku semasa salji lebat turun dan keadaan jalan yang licin.
Pada mulanya, dua lori berlanggar selepas tergelincir dan menyebabkan sekurang-kurangnya 10 kenderaan lain terbakar sterusnya mencetuskan rantaian pelanggaran.
Kemalangan berlaku di Lebuh Raya Ekspres Kan-etsu di Minakami, wilayah Gunma, kira-kira 160 kilometer ke barat laut Tokyo, sekitar pukul 7.30 petang (waktu tempatan) pada malam Jumaat lalu.
Seorang wanita berusia 77 tahun dari Tokyo maut, manakala satu lagi mayat ditemukan di tempat pemandu sebuah lori yang terbakar.
Pasukan bomba mengambil masa tujuh setengah jam untuk memadamkan api dan mengawal keadaan. – AGENSI|














