fbpx
WATKINS meledak dua gol ketika Villa bangkit menewaskan Chelsea pada aksi di Stamford Bridge awal pagi semalam. - AFP

EPL: Villa akui belum sedia galas status

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Aston Villa masih belum bersedia menggalas status pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini biarpun merekodkan kemenangan ke-11 berturut-turut ketika membenam Chelsea di Stamford Bridge 2-1 awal pagi semalam.

Kejayaan itu menyaksikan mereka berjaya menyamai rekod yang pernah dicipta pada 1914 dan hanya kurang satu lagi kemenangan di EPL untuk menyamai rekod sembilan kemenangan berturut-turut ketika melakukannya pada 1910.

Skuad kendalian Unai Emery itu mampu merealisasikan impian sembilan kemenangan itu apabila berdepan Arsenal sekali gus menyempurnakan dua misi dalam satu perlawanan termasuk menyamakan kutipan mata dengan pendahulu saingan itu jika mereka berjaya.

“Saya fikir kami lebih mengutamakan peluang untuk beraksi di Eropah berbanding bersaing merebut gelaran juara liga bersama Manchester City atau Arsenal.

“Kami sudah bermain 18 perlawanan dan masih ada 20 aksi yang perlu dihadapi. Pasukan seperti Liverpool, Chelsea dan Manchester United adalah pencabar sebenar kami. Kami perlu konsisten untuk kesemua 38 perlawanan,” katanya.

Pada perlawanan itu, Emery membuat percaturan bijak dengan memasukkan penyerangnya, Ollie Watkins sebagai pemain gantian dan perancangan itu menjadi apabila pemain itu meledak kedua-dua gol tersebut.

“Ia adalah kemenangan yang hebat, secara peribadi untuk saya masuk sebagai pemain gantian dan meledak dua gol adalah perasaan yang sukar digambarkan. Tidak mudah untuk kami tiba di Chelsea dan memenangi perlawanan.

“Pengurus kami membuat taktikal yang berbeza, pada babak kedua beliau memasukkan saya, dan meletakkan Jadon Sancho di bahagian sayap bersama Morgan (Rogers) dan Youri (Tielemans), kami memiliki ramai pemain di bahagian hadapan. Ia adalah taktikal yang sangat genius,” kata Watkins. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN