fbpx
Gambar hiasan.

Enam negeri hujan lebat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di enam negeri termasuk Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia menerusi satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga pukul 7 malam ini.

“Antara kawasan yang terlibat adalah Kulim dan Bandar Baharu di Kedah, manakala seluruh negeri Pulau Pinang turut terlibat dalam cuaca buruk itu.

“Selain itu, kawasan yang diramalkan terjejas dalam cuaca buruk di Perak adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung dan Bagan Datuk.

“Di Johor, amaran ribut petir itu turut dijangka bagi daerah Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” ujarnya.

Amaran cuaca buruk itu berterusan termasuk di Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya) dan Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong di Sarawak.

Cuaca sama dijangka berlaku di Sabah adalah Pedalaman (Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau) dan Kudat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN