fbpx
Remy memaklumkan keadaan kesihatannya dalam keadaan yang baik cuma dia memerlukan rehat secukupnya.

‘Tak cukup rehat je, ujian darah, X-ray semua okey’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Alhamdulillah okey, saya sihat walafiat.”

Demikian respons pelakon Datuk Remy Ishak selepas diserang sakit dada seperti terkena renjatan elektrik sehingga perlu mendapatkan rawatan semalam.

Remy atau nama penuhnya Mohammad Zalimei Ishak, 43, berkata, hasil pemeriksaan menyeluruh semalam, kesihatan badannya berada dalam keadaan baik dan semua itu berlaku disebabkan tidak mendapat rehat secukupnya.

“Perkara semalam itu berlaku bila tak cukup rehat saja.

“Tapi semuanya okey termasuk keputusan darah dan sinar-X (X-ray), syukur,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Ditanya sama ada doktor meminta perkara lain selain rehat, bintang filem Sangkar itu memberitahu, rutin pemakanannya bukan penyebab kepada berlakunya perkara tersebut.

“Tiada perkara lain yang doktor nasihatkan. Diet pemakanan saya ‘clean’ dan semua teratur, alhamdulillah,” ujarnya.

Semalam, Remy berkongsi pengalaman apabila dadanya seperti terkena renjatan elektrik sebanyak tiga kali.

Insiden tersebut beraku ketika dia melakukan rutin senaman sebelum memilih untuk melakukan pemeriksaan doktor di sebuah pusat perubatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN